suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kris Keluar EXO Mahu Bintangi Drama China

Kris nekad keluar daripada kumpulan EXO.
KEPUTUSAN Kris yang nekad mahu keluar daripada kumpulan EXO mengejutkan ramai pihak termasuklah peminat-peminatnya.

Menurut laporan Allkpop, Kris keluar daripada kumpulan itu hanya kerana mahu membintangi drama Princess Hours untuk negara China.

Berita itu lebih jelas selepas pengarah drama tersebut turut membuat kenyataan menerusi laman sosial Weibo mengatakan seorang bintang popular akan bekerjasama dengannya.

"Tetapi ada juga pihak menyatakan Kris keluar daripada kumpulannya kerana masalah kesihatan. Khabarnya dia mengalami penyakit jantung," kata sumber.

Dalam pada itu, seluruh ahli EXO berasa risau dengan situasi itu memandangkan mereka akan ke Hong Kong untuk berjumpa dengan para peminat dan mereka pasti bersedih kerana ketiadaan Kris.

KRIS, EXO

Artikel Lain