suria

Nenek Gwyneth Paltrow Meninggal Dunia

Gwyneth bukan setakat berduka kerana perpisahannya dengan Chris Martin, tetapi turut bersedih atas pemergian neneknya.

BELUM habis lagi tempoh duka yang dilalui selepas perpisahan dengan Chris Martin, Gwyneth Paltrow sekali lagi dihimpit rasa sedih apabila neneknya, Dorothy Paltrow pula meninggal dunia.

Menurut laporan Showbizspy, Dorothy menghembuskan nafas terakhir pada 4 April lalu di Palm Beach, Florida.

Dorothy sebelum ini menetap bersama anak-anaknya iaitu Robert dan Fran. Wanita itu turut memiliki lima orang cucu termasuklah Gwyneth sendiri.

Ayah Gwyneth iaitu Bruce, yang juga seorang penerbit dan pengarah filem pula telah meninggal dunia pada Oktober 2002 akibat penyakit kanser mulut.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan lagi yang dikeluarkan daripada pihak Gwyneth.

Gwyneth Paltrow, Dorothy Paltrow

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain