suria

[VIDEO] Kejutan hari lahir, Raisuddin tergamam jumpa wanita seiras arwah Siti Sarah... Impian bertemu ‘kembar’ anak tercapai

Raissuddin tergamam bertemu wanita seiras arwah Siti Sarah.

IMPIAN Raisuddin Hamzah ingin bertemu dengan wanita yang dikatakan mirip anaknya, Allahyarham Siti Sarah tercapai apabila dia dipertemukan dalam satu majlis sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi memuat naik rakaman video suaminya bertemu dengan wanita bernama Emy dan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana sanggup meluangkan masa bersama mereka.

"Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib ketepikan perasaan sedih, sambut raya demi anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Tak selera makan, Shuib hilang 9 kg... Sebak setiap kali teringat masakan arwah Siti Sarah

"Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua. Terima kasih pada famili dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah.

"Terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami," tulisnya di ruangan kapsyen pada Selasa.

raissudin 2

Makder dan Uwais bersama wanita mirip arwah Siti Sarah bernama Emy.

Dalam rakaman video berdurasi dua minit itu, Raisuddin dilihat terkejut apabila menatap wajah Emy buat pertama kali kerana hampir serupa dengan arwah.

Malah, rata-rata netizen turut bersetuju mengenai perkara itu dan memberitahu wajah Emy seiras dengan penyanyi lagu Kesetiaan itu.

"Ya Allah memang sama. Saya menangis tengok video ni. Allahuakbar sedihnya terlalu rindu arwah.

"Saya menangis masa Makder (nama panggilan Fatimah) cakap tapak tangan dia sama.

"Nampak sangat kerinduan di wajah ayah arwah. Anak arwah Uwais pun mampu tengok saja," tulis netizen.

Shuib sambut raya kali ini tanpa Sarah.

Foto kenangan arwah Siti Sarah bersama suami, Shuib dan anak-anak.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO RAISUDDIN JUMPA WANITA SEIRAS ARWAH SITI SARAH!

Artikel Lain