suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TNB Perkenal Transaksi Dalam Talian Hujung Bulan Ini

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melancarkan portal sehenti di www.mytnb.com.my hujung bulan ini bagi membolehkan pengguna membuat urusan 'tanpa sempadan'.

Dalam satu kenyataan di sini, TNB berkata 8.6 juta pelanggan boleh membuat pelbagai transaksi dan mendapat akses kepada maklumat yang mereka kehendaki.

"Semasa tempoh peralihan sistem sepanjang bulan Julai ini, gangguan kecil  mungkin terjadi bagi beberapa transaksi.

"Bagaimanapun, warga kerja kami sedia membantu dan akan berusaha sebaik boleh bagi mengurangkan gangguan tersebut," kata TNB.

Urusan yang boleh dibuat termasuklah permohonan bekalan, pertukaran nama dan penutupan akaun.

Perkhidmatan lain ialah pemulangan wang cagaran dalam tempoh yang lebih singkat dan terus didebitkan ke akaun bank pelanggan serta pembayaran bil.

Pelanggan juga boleh mendapat akses kepada maklumat dan trend penggunaan elektrik dan carian ke portal-portal lain yang berkaitan industri elektrik. - BERNAMA

TNB, portal sehenti

Artikel Lain