ECER Tarik Pelaburan RM7 Bilion Ke Kelantan - Niaga | mStar

ECER Tarik Pelaburan RM7 Bilion Ke Kelantan

KOTA BARU: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan sebanyak RM7 bilion ke Kelantan sejak 2007.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata jumlah pelaburan berkenaan adalah 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM12.4 bilion sejak ECERDC mula beroperasi hampir 10 tahun lepas di negeri ini.

"Daripada jumlah RM7 bilion itu pula, sebanyak RM5.4 bilion telah digunakan bagi pembangunan Loji Rawatan Air Kelar untuk keperluan perusahaan-perusahaan yang terdapat di Taman Industri Halal Pasir Mas serta untuk kegunaan domestik.

"Selain itu, jumlah itu turut merangkumi sektor pembuatan, logistik, pelancongan dan hartanah dan dijangka turut mencipta lebih 13,000 peluang pekerjaan di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER (ICC-ECER) Negeri Kelantan 2016 di sini, Isnin.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Terdahulu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Pembangunan Modal Insan ECERDC Zulkifli Yakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat MH Mohd Industries Sdn Bhd Muhammad Yusoff.

Melalui perjanjian itu, ECERDC menerusi projek Agropolitan Kelantan Selatan akan membekalkan cili merah 'Kulai' kepada syarikat MH Mohd Industries Sdn Bhd bagi dijadikan produk sos cili sebelum dieksport ke China.

Ahmad berkata dianggarkan sebanyak RM300,000 setahun dijangka diperoleh daripada program tanaman cili ini yang akan menyaksikan penyertaan 50 isi rumah di bawah projek Agropolitan Kelantan Selatan.

"Pada masa ini, purata pendapatan peserta projek Agropolitan Kelantan Selatan adalah sekitar RM1,450 sebulan. Tanaman cili ini akan dijadikan sebagai aktiviti sekunder bagi meningkatkan pendapatan isi rumah mereka sejajar dengan program pembasmian kemiskinan Agropolitan," katanya.-- Bernama



ECER , Kelantan

Artikel Berikut

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain