suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ford Jual 12,130 Kenderaan Pada 2015

KUALA LUMPUR: Ford menjual 12,130 kenderaan di Malaysia tahun lepas, didorong oleh model pikap Ford Ranger.

Bagi Disember 2015, jualan Ford meningkat tujuh peratus kepada 889 unit berbanding bulan sebelumnya, kata syarikat pengeluar kenderaan itu menerusi satu kenyataan pada Rabu.

"Ranger kekal sebagai kenderaan Ford paling laris di Malaysia, dan secara keseluruhannya menjadi trak pikap kedua paling laris di Malaysia pada 2015, dengan jualan setahun penuh meningkat tujuh peratus tahun ke tahun kepada 9,231 unit," katanya.

Pengarah Urusan Ford Motor Company bagi Malaysia dan Pasaran Pesat Membangun Asia Pasifik, David Westerman, berkata Ranger baharu melambangkan warisan trak dan kepakaran global yang dibanggkaan Ford.

"Pelanggan kami di Malaysia menyukai kesemuanya tentang Ranger, yang membantu memacu tarikannya secara meluas," katanya.

Fiesta sporty menyumbang 1,237 unit jualan setahun penuh manakala EcoSport sebanyak 855 unit dan kenderaan perdagangan Ford mencatat jualan sebanyak 93 unit. -- Bernama



Ford, Malaysia, Ford Ranger

Artikel Lain