suria

Proton Pertimbang Kenaikan Harga Pada 2016

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta keluarannya mulai Januari 2016 disebabkan kelemahan ringgit.

Dalam kenyataan pada Selasa, pengeluar kereta nasional itu berkata kenaikan harga tersebut dilihat sebagai situasi industri yang ia perlu dinaikkan untuk mengimbangi kesan ringgit yang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kebanyakan daripada bahan mentah syarikat itu dibeli dalam mata wang asing.

"Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada vendor kepada kami," katanya.

Abdul Harith berkata Proton sedang menilai struktur harga dan peratusan kenaikan harga akan bergantung kepada model.

Proton berkata bagi mengurangkan kesan yang mempengaruhi keuntungan syarikat sejak Ogos 2015, ia berusaha untuk mengurangkan kos operasi dan menyusun semula operasi, yang mana perlu.

"Penyusutan ringgit terus memberi tekanan kepada Proton di sebalik usaha itu dan memberi kesan kepada industri secara keseluruhan," katanya. 

Proton

Artikel Sebelum

Artikel Lain