suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UMW-OG Dapat Kontrak Pembekalan Pelantar Penggerudian

KUALA LUMPUR: Anak syarikat UMW Oil  and  Gas Corp Bhd (UMW-OG), UMW Offshore Drilling Sdn Bhd, telah dianugerahkan kontrak untuk pembekalan pelantar penggerudian 'jack-up' daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, UMW-OG berkata UMW NAGA 7 miliknya akan memenuhi tuntutan kontrak itu.

"Kontrak itu adalah untuk tujuh telaga 'firm' dengan opsyen lanjutan satu campur satu telaga dan kontrak itu berkuatkuasa mulai 15 Okt, 2015," katanya.

UMW NAGA 7 merupakan pelantar 'jack up' dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki.

UMW-OG adalah sebuah pembekal multinasional penggerudian dan perkhidmatan medan minyak yang berpangkalan di Malaysia untuk sektor huluan industri minyak dan gas.

UMW-OG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain