suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kilang Penapisan Minyak Sawit Berkapasiti Tinggi Dibina Di Kelantan

KOTA BAHARU: Sawit Raya Oil Sdn Bhd, akan membina sebuah kilang penapis minyak sawit dan pembungkusan minyak masak pertama di negeri ini dengan kapasiti pengeluaran 15,000 tan metrik sebulan.

Pengerusinya Samsuddin Ishak berkata kilang bernilai RM216 juta itu akan dibangunkan di tapak seluas 3.74 hektar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini.

"Kilang ini dijangka memulakan pengeluarannya akhir tahun depan, dengan jumlah kapasiti pengeluaran tersebut, kilang ini berupaya memenuhi penggunaan minyak masak sebanyak 5,000 tan metrik sebulan di Kelantan dan Terengganu manakala baki pengeluaran akan dieksport ke Kemboja, Vietnam dan Mynmar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan kilang tersebut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Ahad.

Samsuddin berkata projek tersebut akan menyediakan 173 peluang pekerjaan dan meningkatkan industri hiliran berkaitan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini.

Sementara itu, Mustapa berkata pembinaan kilang penapisan tersebut akan menjimatkan kos dan masa pengilang mengangkut minyak sawit mentah untuk diproses di kilang penapisan di Kuantan, Pahang dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Beliau berkata pembinaan kilang tersebut akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri ini melalui PKS.

Mustapa berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan RM1.2 bilion pelaburan dalam sektor perkilangan di Kelantan pada tahun lepas dan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak RM268 juta.

Mengenai Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen 23 Okt ini, Mustapa berkata sektor ekonomi diharap akan diberi keutamaan berikutan banyak cabaran yang dihadapi sekarang.

"Kita berharap agensi-agensi yang berkaitan ekonomi tidak diketepikan malah mendapat perhatian yang lebih dalam bajet ini untuk kita terus membangunkan ekonomi negara," katanya.

Sawit Raya Oil Sdn Bhd

Artikel Lain