suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BMW Yakin Atasi Jualan Tahun Lalu

KUALA LUMPUR: BMW Malaysia Sdn Bhd yakin dapat melepasi jualan tahun lepas iaitu 9,046 unit berikutan permintaan kukuh untuk tujuh modelnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alan Harris berkata, tahun ini syarikat itu telah menjual 6,522 kenderaan.

"Jualan menurun sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan pada April lepas.

"Bagaimanapun ia akan meningkat pada musim perayaan dan menjelang akhir tahun," katanya ketika melancarkan kenderaan sukan kompak (SAV) generasi kedua premium baharu, BMW sDrive 20i, di sini, Jumaat.

Syarikat itu menjual 7,808 unit model BMW, 655 unit Mini Cooper dan 583 motosikal tahun lepas.

Harris berkata, syarikat itu telah menyerap kos operasi dan pengeluaran berikutan penyusutan ringgit dan tidak mempunyai rancangan menaikkan harga kenderaannya.

"Kami memantau dengan rapi pergerakan ringgit dan jika ia mencecah paras RM5-RM6 berbanding euro, kami akan membuat keputusan.

"Kilang kami di Kulim mengeluarkan 8,000 unit setahun. Kami akan mengkaji usaha mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran Malaysia pada masa depan," tambah beliau.-- Bernama

BMW, Alan Harris

Artikel Lain