suria

Amber China Resources Perluas Cawangan Restoran Cina Muslim Di Malaysia

Ismail Nuh

KUALA LUMPUR: Amber China Resources Sdn Bhd, pemilik Restoran Cina Muslim Amber di Malaysia, memperuntukkan RM22.5 juta untuk membuka 15 cawangan restoran itu di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengarahnya, Ismail Nuh@Cui Wei berkata antara cawangan baharu yang akan dibuka ialah di Terengganu dengan kos dianggarkan berjumlah RM1.5 juta dan dijangka beroperasi pada suku pertama tahun depan.

"Rancangan untuk membuka cawangan di negeri di Pantai Timur itu selaras dengan hasrat syarikat induk, Amber Group Holdings yang berpangkalan di Lanzhou, China untuk meluaskan pasaran bagi mengukuhkan jenama mereka di luar China," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Katanya selain Terengganu, dua lagi cawangan akan dibuka di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor.

Amber Group yang mula beroperasi sejak 2009, mempunyai 19 cawangan restoran seumpamanya di seluruh China dan satu di Kuala Lumpur yang menawarkan hidangan Cina Muslim. -- Bernama


Artikel Lain