suria

Malaysia Kumpul RM214.61 Nilai Jualan Pada CAEXPO

Ruang pameran Malaysia mendapat sambutan pada CAEXPO di Nanning, China.

NANNING: Malaysia mengumpul RM214.61 juta nilai jualan pada Ekspo China-Asean (CAEXPO) 2015, mengatasi sasaran awal sebanyak RM185 juta, kata Pengarah Projek Pavilion Malaysia CAEXPO, Ong Yew Chee.

"Walaupun kedudukan ekonomi China perlahan, namun kuasa membeli dan perdagangan masih sangat aktif di China," katanya pada akhir ekspo empat hari edisi ke-12 itu.

Sebahagian besar jualan melibatkan Produk Kesihatan dan Kesejahteraan bernilai RM116.94 juta, diikuti Makanan dan Minuman dan Produk Gaya Hidup masing-masing berjumlah RM77.96 juta dan RM11.08 juta, katanya.

Yew Chee yang juga Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perniagaan dan Bahan Binaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), berharap lebih banyak ruang diperoleh pada CAEXPO akan datang bagi menempatkan lebih banyak syarikat, termasuk syarikat berkaitan kerajaan.

Sepanjang acara itu, Matrade turut mengatur mesyuarat perniagaan untuk peserta bersama lebih 60 pembeli berpotensi dari China.

Yew Chee (tengah), Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di Guangzhou, Suresh Kumar (kiri) dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Bumiputera Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Bahria Mohd Tamil bersama anugerah yang dimenangi Malaysia.

Pada CAEXPO kali ini Malaysia memperoleh tiga perakuan - Penganjur Terbaikm Pameran, Penganjur Terbaik Industri dan Pavilion Bandar Raya Paling Indah.-- Bernama

Asean, CAEXPO, Nanning

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain