suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

LBS Meterai MOU Naik Taraf Litar Antarabangsa Zhuhai

KUALA LUMPUR:  LBS Bina Group Bhd dan Zhuhai Jiuzhou Group Holdings Ltd menandatangani memorandum persefahaman untuk menaik taraf Litar Antarabangsa Zhuhai (ZIC) di Bandar Raya Zhuhai China.

Menurut kenyataan LBS, syarikat itu mengurus litar berkenaan dengan jayanya sejak 2002.

Kami merancang membuka Muzium Kebudayaan, pusat sehenti dan Dewan Pameran Kecemerlangan Barangan Buatan Malaysia di Litar Antarbangsa Zhuhai. Ini boleh dilaksanakan hasil sokongan padu Kerajaan Negeri Melaka, kata Pengarah Urusan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Pemeteraian perjanjian di Melaka itu disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan Gabenor Wilayah Guangdong, Zhu Xiaodan.

Kumpulan LBS Bina berbesar hati memain peranan utama dalam mentransformasikan dan meningkatkan hubungan perniagaan dua hala antara China dan Malaysia, kata Tan.

Pelan Transformasi ZIC meliputi pembukaan Zon Teknologi Tinggi Zhuhai National sebagai pusat perkhidmatan komprhensif serantau, memperkenalkan dan menyepadukan sukan pemotoran dalam kehidupan moden secara tebuka, selain mewujudkan Pusat Pelancongan serantau dengan tarikan khusus di Wilayah Utara Zhuhai.

Ia juga akan mewujudkan pusat pelbagai kebudayaan bagi menggalakkan pertukaran kebudayaan dengan Muzium Kebudayaan Melaka dan dewan pameran kecemerlangan Barangan Buatan Malaysia.

LBS, Zhuhai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain