suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Etiqa Takaful Serah Zakat Perniagaan Kepada Maidam

KUALA TERENGGANU: Etiqa Takaful Berhad menyerahkan cek sumbangan zakat perniagaan bagi tahun 2013 berjumlah RM302,667 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa, Ahmad Rizlan Azman menyerahkan zakat dalam bentuk cek itu kepada Pesuruhjaya Maidam, Datuk Rozali Salleh.

Majlis penyerahan zakat itu turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Sementara itu, Ahmad Rizlan berkata agihan zakat tersebut merupakan satu tanggungjawab Etiqa untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan.

Etiqa bukan hanya memfokuskan aktiviti perniagaan sahaja, tetapi merasa bertanggungjawab untuk mengadakan pelbagai bentuk sumbangan untuk membantu masyarakat, katanya.

"Selain itu, kita turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu masyarakat di Terengganu ini," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.


Etiqa Takaful Berhad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain