suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malindo Air, Kerajaan Meterai Pakatan Perkhidmatan Pembayaran Pukal

Chandran Rama Muthy.

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk perkhidmatan pembayaran pukal.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Malindo Air berkata menerusi perjanjian itu, penjawat awam yang terbang dengan syarikat penerbangan berkenaan boleh menggunakan waran khas untuk perjalanan yang dibenarkan oleh kerajaan. 

"Waran itu, Waran Perjalanan Udara Awam, sah untuk penjawat awam yang membuat perjalanan di dalam dan luar negara untuk tugasan rasmi dan berhak menerima kadar standard Malindo Air dan talian khusus," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, menerusi perjanjian itu, syarikat penerbangan berkenaan berharap menyokong kerajaan dengan menyediakan perhubungan yang lancar dan keselesaan untuk keperluan perjalanannya. 

Malindo Air ialah syarikat penerbangan ketiga yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan untuk perkhidmatan pembayaran pukal tersebut.

Malindo Air, Chandran Rama Muthy

Artikel Lain