suria

Tiga sekawan nekad botak kepala, solidariti demi sahabat susah senang... Tak sangka ramai pejuang kanser mengalir air mata

Rakan doktor turut membotakkan kepala bersama.

RAKAMAN video seorang lelaki membotakkan kepala selepas melihat rakannya mencukur rambut yang tular di TikTok meruntun hati warga maya.

Mana tidaknya, reaksi terkejut hingga kedua-dua mereka dilihat hampir menangis membuatkan netizen beranggapan situasi berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap seorang sahabat yang menghidap kanser.

Lebih mengukuhkan andaian itu apabila kapsyen pemilik video Zahrin Yunus menyatakan seolah-olah mereka adalah sahabat yang sentiasa susah senang bersama.

"Kini bertambah lagi sahabat setia yang sanggup susah senang bersama," tulisnya ringkas.

Lebih menyayat hati apabila seorang lagi rakan mereka turut melakukan perkara sama dan ketiga-tiganya kemudiannya berpelukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sedih di samping memberi semangat kerana menyangka rakan yang sedang duduk di atas kerusi di sebuah kedai gunting rambut itu menghidap kanser.

"Sedihnya... arwah suami disahkan hidap kanser dan sorok dari kawan-kawan dia. Hanya saya dan keluarga yang tahu tapi hakikatnya dia rindu kawan-kawan.

"Tengok video ni teringat waktu hujung tahun lepas, habis rambut gugur disebabkan kemoterapi, suami cakap kalau saya discharge nanti dia akan botak juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu tak rapat, kini sahabat! Sebungkus nasi goreng kampung buat lelaki ini terharu, member kenang kisah jatuh tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkejut jumpa duit, surat ‘wasiat’ arwah sahabat... Terbongkar kisah didera bekas isteri, dianiaya makan bangkai ikan busuk!

"Nangis saya bang, rindu kawan-kawan saya tapi mereka dah jauh sangat... semoga baik-baik saja bang," ujar beberapa warga maya cuba menyelami situasi yang disaksikan mereka.

Pun begitu, ketika dihubungi mStar, Ahmad Zahrin Yunus berkata tiada siapa antara mereka diserang penyakit kanser.

Sebaliknya lelaki itu menyatakan tujuan dia dan rakan, Mohd Hafizi Mohd Sauti membotakkan kepala adalah bagi menjalani latihan fizikal untuk jawatan inspektor polis.

"Dia sahabat rapat saya sejak bekerja di Kuala Terengganu, kami botakkan kepala sebab nak pergi temuduga inspektor polis... memang wajib botak," ujarnya kepada mStar.

Namun tindakan seorang lagi rakan, Muhammad Ridzuan Mohd Nor yang merupakan seorang doktor meruntun hati mereka berdua kerana sanggup membotakkan kepala bersama.

Lebih terharu sahabat saya yang berbaju ungu tu, dia seorang doktor tapi sanggup botakkan kepala juga nak raikan kami.

AHMAD ZAHRIN

Malah kata pemuda berusia 36 tahun ini, dia tidak menyagka rakannya itu akan melakukan perkara sama sebagai tanda sokongan.

"Lebih terharu sahabat saya yang berbaju ungu tu, dia seorang doktor tapi sanggup botakkan kepala juga sebab nak raikan kami.

"Mereka berdua tu sahabat baik saya, doktor tu baru setahun berkawan manakala Fizi (Hafizi) sudah lebih lapan tahun," tambahnya yang kini berpangkat sarjan dalam PDRM.

Menjelaskan mengenai video berkenaan, dia menyatakan ia dirakam selepas lulus ujian fizikal.

Zahrin dan Hafizi sudah bersahabat selama lapan tahun.

Zahrin dan Hafizi bersama-sama menjadi model untuk jenama baju.

"Dua hari lepas kami berdua lulus ujian fizikal, rasa berbaloi la botak... saja buat video sama-sama botak. Tapi yang paling tak sangka doktor tu.

"Kami berdua memang tak sanggup nak botak sebenarnya tapi disebabkan kehendak dan syarat-syarat ujian fizikal memang perlu potong pendek... tapak dua.

"Yang doktor tu... sepanjang kenal, itulah pertama kali saya tengok dia botak," tambahnya yang berasal dari Kota Bharu Kelantan.

Tambah Zahrin lagi, situasi tersebut pernah dilakukan lapan tahun lepas semasa pertama kali menyertai pasukan polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain