suria

“Duit B40 juga kau nak songlap” - Niat nak belajar bahasa Mandarin tapi kena scam, iklan murah RM50 sebulan hanya janji palsu

Pelajar dakwa syarikat tawar kelas pembelajaran bahasa Mandarin murah adalah scammer.

MENGUASAI bahasa ketiga sememangnya menjadi impian kebanyakan masyarakat pada masa ini khususnya dalam kalangan pelajar.

Maka tidak hairanlah apabila populariti kelas bahasa 'ketiga' seperti Mandarin, Korea, bahasa Jepun da banyak lagi kian meningkat.

Tambahan pula ramai yang sudah mula sedar tentang kepentingan menguasai lebih daripada dua bahasa sebagai 'bonus' sebelum memasuki alam pekerjaan.

Permintaan yang tinggi itu turut membuka 'peluang' kepada pihak tidak bertanggungjawab memperdayakan mereka yang ingin menambah kemahiran.

Menerusi perkongsian seorang pelajar, dia menyatakan terpedaya dengan sebuah syarikat yang menawarkan kursus pembelajaran bahasa ketiga.

Menurutnya, sejak 20 Ogos lalu dia hanya sempat mengikuti kursus bahasa itu sebanyak sekali sebelum timbul isu kelas dibatalkan pada saat akhir.

WhatsApp Image 2022-09-05 at 1.17.53 PM

Ciapan yang dibuat tentang kelas Mandarin.

Bimbang perkara sama terjadi kepada orang lain, dia kemudian membuat hantaran di laman Twitter dan meminta supaya orang ramai berhati-hati sebelum mendaftar masuk ke kelas tersebut.

"Kalau korang (anda) nak daftar, berhenti dan baca ini dulu.

"Saya salah seorang pelajar terkini kelas Mandarin dan kelas baru sekali (20 Ogos yang lalu).

"Pengurusan berterabur. Kelas hari Sabtu kalau batal, hari Sabtu juga baru nak maklumkan pelajar," ciapnya sambil mengulang kicau halaman Twitter kelas terbabit.

Menurut pelajar itu lagi, selain tidak dimaklumkan mereka juga perlu bertanya beberapa kali sebelum dimaklum tentang status jadual pembelajaran.

"Itu pun pelajar kena tanya berkali-kali. Kalau tak tanya, sampai ke sudah tak beritahu kelas batal... admin pun macam tak berfungsi dalam tu.

"Kami terkontang-kanting dalam group WhatsApp. Macam kena scam," luahnya lagi yang turut mendaftar kelas bahasa Jepun.

Namun katanya, sejak pendaftaran dilakukan, tiada sebarang maklum balas diterimanya walhal sudah dinyatakan kelas akan bermula 30 Ogos.

Kelas bahasa Mandarin semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. - Gambar hiasan

Kelas bahasa Mandarin semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. - Gambar hiasan

"Masa daftar, dia tulis kat borang yang kelas mula 30 Ogos, tapi sampai sekarang (3 September) menyepi.

"Tak tahu kalau dia nak tunggu kelas tu ramai orang dahulu atau tidak... tapi tengok kelas Mandarin, macam sesuatu saja," katanya.

Dalam pada itu, dia tidak menafikan bahawa maklum balas yang diterima daripada rakan-rakan yang pernah mengikuti kelas tersebut adalah positif.

Malah katanya, ramai influencer yang mempromosikan kelas anjuran pihak berkenaan.

Pengurusan berterabur, kelas hari Sabtu kalau batal... hari Sabtu juga baru nak maklumkan kepada pelajar.

PELAJAR

"Saya tahu ada yang ikut sebelum ni okay saja, kawan saya pun ada dan tiada masalah. Ramai influencer promosi kelas ni, kelas bahasa ni pun dah lama ditawarkan... itu yang saya percaya untuk daftar.

"Tapi saya pelik kenapa orang-orang sebelum ni yang ada bad experience diam saja. Tak ada pun nampak bagi maklum balas negatif.

"Syarikat ni yang bermasalah sekarang ni, cikgu-cikgu yang saya pernah interact okay tak ada masalah," tambahnya.

Dia yang berang dengan situasi dialami turut mempersoalkan kenapa syarikat berkenaan mempromosikan kelas bahasa yang kononnya dianjurkan untuk golongan B40.

"Claim kelas untuk B40 konon. Duit B40 juga kau nak songlap.

WhatsApp Image 2022-09-05 at 1.17.53 PM (1)

Antara reaksi netizen.

"Agak annoyed dengan orang yang kata 'murah sangat tu, biar bayar mahal sikit lain kali, janji legit'. Hakikatnya kebanyakan kami adalah pelajar, kadang nak makan pun ikat perut apatah lagi nak afford bayar kelas sampai ratus-ratus sebulan," katanya.

Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau oleh pelayar Twitter dan rata-ratanya pernah menyertai kelas anjuran syarikat terbabit.

"Saya salah seorang pelajar juga, rasa terkilan apabila nak belajar tapi kena tipu begini. Harap semua pelajar dalam group tu tinggalkan akademi dan minta pulangan duit semula. Jangan kesiankan syarikat macam ni.

"Hati-hati yang baru nak masuk tu, bayar RM50 dapat satu kelas saja. Asyik batal kemudian bila tanya tak mahu update.

ARTIKEL BERKAITAN: Aduh, kantoi pula! Ada niat tak baik di kolam renang, pemuda ‘terciduk’ dengar jawapan balas wanita pandai cakap Mandarin

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai Nadma dipuji fasih cakap Mandarin dengan waris keluarga warga Malaysia di Wuhan

"Saya salah seorang pelajar juga. Kami dah bayar tapi dapat satu kelas saja... itu pun setiap minggu tanya kelas ada atau tidak.

"Tak payah daftar, mula-mula bagus kemudian syarikat biarkan kami pelajar terkontang-kanting tunggu kelas tak ada... apa pun syarikat mereka scammer," ujar beberapa pelajar di akademi terbabit.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mendedahkan bahawa perkara yang sama pernah berlaku sebelum ini dan syarikat terbabit kemudiannya menggunakan nama lain.

"Buat nama baru kemudian perkara sama jadi lagi. Nama mereka sebelum ini lain, buat baru. Tolong sesiapa jangan tertipu.

Maklum balas syarikat selepas dakwaan yang dibuat ke atasnya tular.

Maklum balas syarikat selepas dakwaan yang dibuat ke atasnya tular.

"Marketing masih buat syarikat ni... entah berapa ramai pengambilan baru, kena scam.

"Saya rasa saya perlu beritahu kepada umum supaya tiada lagi yang terjebak sama ada bakal pelajar dan bakal cikgu. Kelas batal pun alasan palsu," ujar beberapa warganet.

Bagaimanapun, pihak syarikat terbabit tampil menjelaskan situasi sebenar dan menyatakan permasalahan timbul disebabkan individu yang menguruskannya tidak menempatkan tutor bagi kelas ambilan baharu.

"Kesilapan berpunca daripada person in charge tidak menempatkan tutor bagi kelas ambilan baharu. Solusinya adalah penempatan tutor bagi kelas ketiadaan tutor dan refund.

"Bagi isu gaji tutor, buat makluman semua tutor sudah menerima bayaran masing-masing dan sebahagian sedang menerima secara berperingkat.

"Maafkan kami. Syarikat kami bukan scammer, hanya pengurusan yang kurang cekap.

"Semua kelas akan berjalan seperti biasa... kelas kami sudah berjalan selama dua tahun," jelas syarikat terbabit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain