suria

[VIDEO] Kisah PdPR! ‘Bapa B40’ menangis teresak-esak di radio, tak mampu beri pendidikan terbaik untuk 5 anak - “Mereka ketinggalan, saya nak ajar tak pandai”

"SAYA memang tak berkemampuan. Anak saya lima orang. Saya sedih sebab anak saya ketinggalan."

Demikian luah seorang bapa sambil menangis teresak-esak ketika berkongsi kesusahan hidupnya dengan stesen radio Suria.fm pada Isnin pagi.

Menerusi Segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan deejay Issey Fazlisham dan Ajak Shiro, pemanggil lelaki yang dikenali sebagai Abang Hamdan itu meluahkan pandangannya mengenai topik 'Murid Tak Join Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) boleh digantung sekolah'.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan 'tipu' isteri selepas dibuang kerja, suami pilih dedah perkara sebenar di radio - “Keluar macam biasa, ada baju salin dalam motor”

ARTIKEL BERKAITAN: Beratnya ujian PKP! Pasangan suami isteri sukar tidur, bergelut teruskan hidup selepas hilang kerja... depresi sampai tahap jejas susu badan

Dalam nada sebak, lelaki itu bercerita mengenai kesukaran yang dialami keluarganya sehingga dia sebagai ketua keluarga tidak mampu menyediakan keperluan bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk anak-anaknya ketika ini.

Menurut pemanggil tersebut, dia hanya merupakan seorang pekerja yang berpendapatan rendah, justeru adalah mustahil untuknya menyediakan keperluan seperti gajet untuk setiap anak-anaknya agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran apatah lagi mengajar mereka di rumah.

Ajak dan Issey turut tersentuh ketika mendengar kisah pemanggil berkenaan.

"Saya bukan orang senang, saya orang susah... jadi keperluan untuk alam maya ni kurang... saya kerja biasa-biasa. Bukan kerja bagus, gaji mahal macam orang lain.

"Betullah apa orang (pemanggil) cakap yang pagi tadi tu, lain padang lain belalang... semua satu Malaysia tak sama. Ada yang berkemapuan, ada yang tak berkemampuan," ujarnya.

Lebih menyentuh hati, lelaki itu meluahkan betapa dia sedih dan terkilan kerana tidak mampu memberi yang terbaik untuk pendidikan anak-anaknya.

"Mereka nak belajar, saya nak tolong ajar saya tak pandai. Saya tak boleh paksa diaorang. Kita suruh diaorang belajar, tapi bila mereka tanya balik (berkaitan pelajaran), kita tak dapat jawab.

Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan B40.

PEMANGGIL

"Saya pagi-pagi dah tak ada dekat rumah, keluar cari rezeki tapi anak tak sekolah. Saya sedih... saya tak boleh nak cakap apa lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan B40," katanya sambil menangis dalam perbualan tersebut.

Kisah lelaki tersebut turut dikongsikan di akaun Instagram Suria.fm serta tular di beberapa platform media sosial yang lain, sekali gus mengundang sebak netizen yang seakan-akan dapat menyelami situasi yang dihadapi lelaki berkenaan.

Selain meluahkan rasa simpati, ada netizen yang menawarkan bantuan untuk mengajar secara sukarela kepada anak-anak lelaki tersebut.

Antara komen netizen yang turut tersentuh dengan kisah lelaki berkenaan.

"Tolong bagi contact number pakcik ni. Saya tak dapat bantu dari segi kewangan. InsyaAllah saya boleh bantu anak-anak pakcik ni belajar.

"Betul... tak semua orang senang, kaya, duduk di bandar. Usahlah susahkan mak ayah yang kerja mencari rezeki untuk anak-anak.

"Rakyat tengah susah, janganlah menyusahkan rakyat lagi," demikian antara komen netizen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain