suria

Video TikTok cecah 2.6 juta tontonan, komen kecaman pun banyak! Lepasan SPM cuma mengadu kepada ibu digelar biawak gara-gara lidah terjelir

Video dikongsi Danial ini meraih lebih 2.6 juta tontonan di TikTok.

REZEKI tak pernah salah alamat.

Begitulah kisah mengenai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini apabila dia mengumpul hampir 200,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Menurut Danial Hakim Jaafar, 18, dia sekadar berkongsi video secara suka-suka, namun kini platform itu ternyata membuka peluang rezeki buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajahnya sering buat pengikut di TikTok keliru, tapi masih ramai berminat nak dalami ilmu daripada jejaka Arab-Malaysia ini

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah - "Mak pesan jaga mana wajib"

"Saya mula hasilkan video di TikTok sekitar Oktober tahun lepas. Tak jangka orang akan ikut TikTok saya.

"Saya cuma buat video untuk diri sendiri, kemudian ada juga kongsi mengenai game PUBG. Tiba-tiba followers meningkat.

"Dalam dua bulan lebih saya dapat 100,000 followers. Sekarang dah naik ke 190,000. Alhamdulillah, ada juga orang minta saya buat reviu produk.

"Saya terima kalau ada orang offer. Pernah buat reviu barang gaming, baju, produk dan sebagainya. Itu pun rezeki," ujarnya yang menetap di Taiping, Perak.

Danial bercita-cita untuk bergelar guru suatu hari nanti.

Mesra disapa Danial, anak bongsu daripada empat beradik itu mengakui komen kecaman sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupannya media sosial.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun katanya, dia tak pernah ambil hati dan menerima segala kecaman yang dilemparkan dengan terbuka dan tenang.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain