Bukan TikTok biasa-biasa... habis semua pingat, piala sejak usia 5 tahun ditayang remaja aktif ini – “Saya ni kadang-kadang pelupa...”

Video TikTok Nayli mempamerkan koleksi pingat dan pialanya menarik perhatian.

DI sebalik aplikasi TikTok yang semakin popular, seorang gadis meraih perhatian kerana videonya yang 'bukan biasa-biasa'.

Masakan tidak, gadis tersebut teruja mempamerkan segala pingat dan piala yang diraihnya semasa di bangku sekolah.

Video TikTok itu kemudian menjadi tular selepas dikongsi oleh seorang pemuda di laman Twitter dengan lebih 300,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa abang baju putih 'naik sheikh' atas pelamin? "Sejujurnya itulah saya... akaun Tik Tok pun saya tak ada"

ARTIKEL BERKAITAN: Siswa pemalu berubah hiper, 'gila-gila'... selamba pakai semua seatbelt kereta! Apa hal? – "Suka buat video TikTok, tapi tak pernah kongsi"

Gadis berkenaan, Nayli Tukijan mengakui mula berjinak-jinak dengan aplikasi TikTok sejak tiga tahun lalu bagi mengisi masa lapangnya.



Sebahagian pencapaian Nayli sejak usia lima hingga 17 tahun. Foto ihsan Nayli Tukijan

Remaja berusia 18 tahun itu bagaimana memberitahu, segelintir masyarakat mempunyai persepsi bahawa kebanyakan video menerusi aplikasi tersebut hanya nyanyian dan tarian.

"Motif saya nak tunjuk pingat dan piala tu bukan sekadar suka-suka, tapi sebenarnya nak beritahu kepada umum bahawa tak semua video TikTok tentang nyanyi dan menari je.

"Saya nak ubah pemikiran mereka yang sebenarnya banyak boleh dikongsikan di TikTok termasuk perkara bermanfaat seperti pencapaian di sekolah," katanya kepada mStar.



Nayli ketika merangkul anugerah olahragawati pada 2014 (kiri) dan 2019 (kanan).

Mengenai video tersebut, Nayli yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu memberitahu, terdapat 60 pingat dan 27 piala yang diperolehnya sejak berumur lima hingga 17 tahun.

"Sebahagian besar pencapaian itu adalah dalam sukan olahraga. Saya pernah meraih empat anugerah olahragawati, masing-masing satu di sekolah rendah dan tiga di sekolah menengah.



Ketika menyertai pertandingan bicara berirama.

"Antara pencapaian olahraga saya yang terbesar adalah Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Selatan 2015 bagi acara larian 200 meter di peringkat Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya.

Siapa sangka selain ketangkasannya di trek larian, anak sulung daripada tiga beradik itu juga terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum lain di sekolah.

Saya nak ubah pemikiran mereka yang sebenarnya banyak boleh dikongsikan di TikTok, termasuk perkara bermanfaat seperti pencapaian di sekolah

NAYLI TUKIJAN

"Saya masuk pertandingan choral speaking (bahasa Inggeris), bicara berirama (bahasa Melayu), bercerita termasuk pertandingan kereta solar yang disertai secara berkumpulan.

"Paling tak dapat dilupakan adalah penyertaan berkumpulan dalam Pertandingan Pesta Kejuruteraan dan Sains Kuala Lumpur (KLESF) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di Seri Kembangan, Selangor pada 2016, dan memperoleh pingat perak," ujarnya yang kini menetap di Seremban, Negeri Sembilan.



Pertandingan Pesta Kejuruteraan dan Sains Kuala Lumpur (KLESF) pada 2016.

Menurut Nayli yang pernah menganggotai unit beriuniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), dia juga menyertai pertandingan caklempong di sekolah, serta berkebolehan bermain alat muzik ukalele dan dram.

Nayli yang begitu minat dalam bidang sains bakal menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ogos depan.



Nayli (kiri) bersama rakan pasukan menyertai pertandingan kereta solar.

Di sebalik pencapaian yang membanggakan itu, Nayli yang bercita-cita untuk menjadi doktor gigi turut berkongsi kisah lucu mengenai dirinya.

"Saya ni kadang-kadang pelupa. Dah siapkan kerja sekolah sebelum tidur, tapi terlupa nak masukkan dalam beg sekolah. Sudahnya tertinggal kat rumah, dan kena marah dengan cikgu.



Selain caklempong, Nayli berkebolehan bermain alat muzik ukalele dan dram.

"Saya pernah bersekolah di Sri Petaling, Kuala Lumpur dan bersama ibu yang memandu kereta, kami perlu bertolak seawal pukul 5.45 pagi dari Seremban untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

"Ada satu masa, ibu dah nak masuk highway selepas 15 minit perjalanan dari rumah, tiba-tiba saya baru perasan beg sekolah tertinggal di pintu pagar rumah.

"Kami pun cepat-cepat patah balik untuk ambil beg sekolah. Nasib baik sempat sampai sebelum waktu masuk sekolah. Tapi kena tahan telinga sebab mak membebel," ujarnya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain