suria

Jauhi nasi dan air! Perkongsian 2 cara peroleh nikmat ketika berbuka cetus kemarahan - “Kau ajar orang jadi apa ni?”

Seorang pemuda memberi cadangan mengenai kedudukan tempat duduk semasa berbuka puasa bersama keluarga. Foto twitter/google

SATU kenikmatan yang tidak terhingga apabila menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan adalah tiba saatnya berbuka puasa.

Apatah lagi ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19, boleh dikatakan sebahagian besarnya berbuka puasa bersama keluarga di rumah.

Pastinya meriah apabila semua ahli keluarga berkumpul menikmati juadah berbuka bersama-sama, lebih-lebih lagi bagi famili yang besar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia agih sampai habis semua” - Feri rosak, coklat mahal penumpang Cina jadi 'korban' iftar, lelaki ini buktikan rasis sikap individu!

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap tahun wanita India ini tak pernah ‘missed’ datang surau, “Dia sedekah, hantar borang minta buat tahlil...”

Di sebalik kemeriahan itu, seorang pemuda berkongsi ‘panduan’ untuk melancarkan urusan berbuka puasa bersama keluarga.

“Peraturan nombor satu – jangan duduk dekat nasi. Peraturan nombor dua – jangan duduk dekat air. InsyaAllah kau dapat menikmati makanan waktu berbuka nanti,” tulisnya di laman sosial.



Cadangan seorang pemuda menerima pelbagai reaksi netizen.

Difahamkan, ia merujuk kepada kedudukan di meja makan semasa berbuka puasa, iaitu sesiapa yang duduk berdekatan dengan jag air atau bekas nasi tambah akan memainkan ‘peranan’ membantu memberi atau menambah air atau nasi kepada ahli keluarga lain.

Pandangan peribadi pemuda berkenaan ternyata meraih perhatian netizen sehingga diulang kicau (retweet) lebih 20,000 kali dan mendapat lebih 18,000 tanda suka (like).

“Hahaha setuju. Yang penting duduk dekat dengan lauk kegemaran,” komen seorang netizen.

Ye, dekat air memang bahaya. Baru nak suap, semua cawan hulur kat kau suruh refill,” tulis netizen lain yang bersetuju dengan pandangan tersebut.



Berbuka puasa bersama keluarga merupakan satu kenikmatan di bulan Ramadan. Foto twitter nrhanisy

Bagaimanapun, segelintir netizen membantah cadangan berkenaan yang disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri dan hanya mempamerkan sikap malas.

“Kau ajar orang jadi apa ni? Tak nak tuangkan air, tak nak ambilkan nasi untuk famili kau sendiri, sedangkan mereka dah masak untuk kau. Tapi kau fikir perut sendiri, pentingkan diri sendiri kau ni,” komen seorang netizen yang berang dengan cadangan tersebut.

Apa kata pass je hidangan tu dari tangan ke tangan. Semua orang sama-sama buat kerja sama rata. Tak payah nak ada yang jadi pemalas bagai tahu nak hidang je.

NETIZEN

“Kesian famili dapat anak macam kau ni. Minta tolong pun tak boleh,” ujar seorang gadis.

Namun, terdapat netizen yang cuba meredakan bahang di ruangan bebenang dengan mengesyorkan cadangan yang lebih adil dan rasional.



Pelbagai reaksi netizen.

“Tip nombor satu – pass je periuk nasi dengan jag air. Tugas menuang mencedok akan bertukar tangan,” tulis seorang netizen.

“Ha ni betul. Apa kata pass je hidangan tu dari tangan ke tangan. Semua orang sama-sama buat kerja sama rata. Tak payah nak ada yang jadi pemalas bagai tahu nak hidang je,” katanya.

Pada masa sama, ada juga yang menyelitkan unsur humor dengan memberi peringatan kepada semua yang berbuka puasa bersama keluarga tanpa mengira kedudukan mereka ketika menjamu selera.

“Tak kisahlah duduk mana, jangan duduk atas lauk je. Lepas makan basuh pinggan, orang dah masak, nasi dah cedok... pinggan tinggal lagi memang nak kena hempuk,” komen seorang netizen yang menyarankan untuk mencuci pinggan sendiri termasuk membantu membersihkan pinggan selepas berbuka puasa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
air, nasi, buka puasa,

Artikel Lain