suria

Virus tak suka air panas? Dr Amalina sangkal mitos Menteri Kesihatan

Dr Amalina (kanan) menyangkal petua saranan Dr Adham Babba di Twitter.

PETUA oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang menyarankan rakyat Malaysia minum air suam bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 ternyata menimbulkan persoalan ramai.

Apa yang diperkatakan Dr Adham segera mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi ia berkaian wabak yang membimbangkan penduduk global ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat kematian ketiga Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor luah rakyat sangat degil, sikap tak munasabah walau selepas alami titik kejatuhan - “Dia berteriak, persoal bagaimana kami yakin dia tak dijangkiti Covid-19?”

Malahan, ia turut mendapat respons Dr Amalina Che Bakri yang  kurang bersetuju dengan saranan itu.

"Tidak disarankan oleh doktor dan tiada bukti mengenai saranan ini," ujarnya di Twitter pada Jumaat malam.

Dr Adham dalam satu wawancara yang kini tular di media sosial.

Kata Dr Amalina lagi, dia bercakap berdasarkan saranan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) yang turut menafikan hal itu.

"Sudah dimaklumkan minum air memang bagus untuk kekalkan hidrasi tetapi ia tak mampu untuk nyahaktifkan virus," katanya lagi.

"Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di TV nasional, tips ini adalah mitos.

"Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan batuk atau bersin dengan etika, duduk rumah dan amalkan social distancing 1 meter," jelas doktor kelahiran Malaysia itu yang kini bertugas di United Kingdom (UK).

Terdahulu, Dr Adham muncul dalam satu wawancara televisyen apabila mengeluarkan saranan itu kepada penonton.

Sudah dimaklumkan minum air memang bagus untuk kekalkan hidrasi tetapi ia tak mampu untuk nyahaktifkan virus.

DR AMALINA CHE BAKRI

"Virus ini tak suka panas. Jangan (air) panas sangatlah. Virus ini akan dinyahkan, disingkir, dan di perut. Kalau masuk perut ada asid, dia kalah.

"Yang penting kita mesti singkirkan virus ini dari kerongkong sebelum dia boleh masuk ke paru-paru. Virus ini dia suka paru-paru bawah," ujarnya dalam siaran itu.

Dalam pada itu, netizen turut memberi respon mengenai saranan Dr Adham yang mana ia kini tular di media sosial.

"Saya baru tengok beberapa saat, tak mampu nak teruskan.

"Macam mana saya nak jelaskan fakta ini kepada keluarga?"Akhirnya kita jumpa penawar. Minum air wahai kawan," tulis beberapa netizen secara berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain