suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar lelaki tikam senior direman 7 hari, siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah reman tujuh hari terhadap suspek.

REMAJA lelaki yang disyaki menikam pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama 4 di Petaling Jaya, Selangor, direman tujuh hari.

Perintah itu dikeluarkan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu, susulan permohonan pihak polis bagi membantu siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan maut ditikam pelajar junior di sekolah

Suspek berusia 14 tahun yang juga pelajar Tingkatan Satu (Kelas Peralihan) direman sehingga Selasa minggu depan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketika prosiding berlangsung, suspek yang memakai baju oren diwakili peguam, Anuar Ezzad.

Pada Selasa, seorang pelajar perempuan di SMK Bandar Utama 4, Petaling Jaya maut selepas dipercayai ditikam juniornya semasa sesi persekolahan berlangsung.

Dalam kejadian sekitar pukul 9.30 pagi itu, suspek dilaporkan membawa senjata tajam, dipercayai pisau, ke sekolah.

Artikel Lain