suria

Naik lagi! 1,739 jangkitan baharu, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Jumlah kes hari ini meningkat berbanding semalam apabila mencatatkan 1,739 kes baharu.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,739 kes baharu, menjadikan keseluruhan 360,856 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 15,574 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,739 kes baharu yang dilaporkan, 1,731 kes merupakan penularan tempatan dan baki lapan kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Jangkitan baharu 1,510, Selangor rekod kes harian tertinggi... 8 lagi korban

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 535 kes, diikuti Sarawak (443), Sabah (127) dan Pulau Pinang (113).

Perlis pula satu-satunya negeri yang merekodkan sifar jangkitan pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,329 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 1,216 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 343,953 kes.

"Sehingga kini, terdapat 183 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 81 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain