suria

Tertidur ketika Graduasi Huffaz, Eddin Syazlee mohon maaf... makan ubat sebelum ke majlis

Selain Facebook, video itu turut dikongsi dengan meluas menerusi Twitter dan TikTok.

SETELAH menerima kecaman netizen, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Terdahulu, tular satu rakaman memaparkan Ahli Parlimen Kuala Pilah itu tertidur ketika majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video timbalan menteri tidur atas pentas di majlis graduasi, akhirnya bangun selepas 3 orang datang kejut

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan menteri sesak nafas, persidangan Dewan Rakyat dihenti seketika

Menurut Pegawai Tugas Khas Farahiah Zubir, beliau yang keletihan dan kurang sihat memohon maaf atas insiden itu.

"Untuk makluman Datuk Eddin Syazlee memohon maaf kerana tertidur pada acara itu. Beliau makan ubat sebelum ke majlis tetapi tetap menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan.

"Alhamdulillah pada majlis itu Datuk Eddin Syazlee meluluskan pemasangan penghawa dingin di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah dan menyumbang sedikit dana bagi membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar," katanya memetik kenyataan ringkas di Facebook.

Dalam video tular itu, Timbalan menteri berkenaan dirakam sedang terlelap di kerusi atas pentas, sebelum dikejutkan oleh beberapa jemputan lain yang turut berada di pentas sama sebaik sahaja dia tidak bangun ketika namanya dipanggil untuk menyampaikan anugerah.

Selain Facebook, video itu turut dikongsi dengan meluas menerusi Twitter dan TikTok.

"Alhamdulillah last-last bangun juga dia. Tiga orang kena kejut baru bangun," menurut kapsyen pada posting tular.

Untuk rekod, beliau pada 2019 pernah rebah di Parlimen, menyebabkan sesi persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan seketika.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Covid-19: 70 kilang diarah tutup