suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jambatan Pulau Pinang sesak gara-gara kereta terbalik

Keadaan trafik di Jambatan Pulau Pinang yang sesak gara-gara kemalangan lewat petang tadi. Foto: The Star

KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta yang terbalik di atas Jambatan Pulau Pinang menyebabkan kesesakan yang teruk di kedua-dua arah.

Difahamkan, kemalangan tersebut berlaku di di lorong tengah dari arah pulau, kira-kira pukul 7.10 malam, Sabtu

Ketiga-tiga lorong dari arah tersebut terhalang sepenuhnya buat sementara waktu memandangkan pasukan penyelamat sedang cuba mengeluarkan mangsa.

Pengguna jalan raya turut membantu mengalihkan kereta yang terbalik.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai bilangan atau keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan belum dapat dipastikan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain