suria

Covid-19: Jangkitan baharu 1,510, Selangor rekod kes harian tertinggi... 8 lagi korban

Malaysia merekodkan 1,510 kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,510 kes baharu, menjadikan keseluruhan 359,117, kes setakat Sabtu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 15,059 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,510 kes baharu yang dilaporkan, 1,505 kes merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Meningkat! Malaysia catat 1,854 jangkitan baharu, Sarawak rekod kes tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 415 kes, diikuti Sarawak (296), Kelantan (171), Sabah (131), Kuala Lumpur (106) dan Pulau Pinang (101).

Tiga negeri merekodkan kes jangkitan satu angka iaitu Melaka dengan enam kes, manakala Labuan dan Perlis masing-masing merekodkan dua kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,321 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 1,248 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 342,737 kes.

"Sehingga kini, terdapat 194 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 81 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain