suria

Meningkat! Malaysia catat 1,854 jangkitan baharu, Sarawak rekod kes tertinggi

Malaysia merekodkan sebanyak 1,854 kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,854 kes baharu, menjadikan keseluruhan 357,607 kes setakat Jumaat.

Jumlah jangkitan pada hari ini meningkat berbanding semalam yang mencatatkan 1,285 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,805 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor rekod kes tertinggi, Malaysia catat 1,285 jangkitan baharu

Daripada 1,854 kes baharu yang dilaporkan, 1,834 kes merupakan penularan tempatan dan baki 20 kes adalah jangkitan luar negara.

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 555 kes, diikuti Selangor (403) dan Pulau Pinang (176).

Kelantan pula merekodkan sebanyak 143 kes manakala Sabah merekodkan 139 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,313 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 1,247 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 341,489 kes.

"Sehingga kini, terdapat 169 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain