suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangor rekod kes tertinggi, Malaysia catat 1,285 jangkitan baharu

Sebanyak 1,285 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Khamis.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,285 kes baharu, menjadikan keseluruhan 355,753 kes setakat Khamis.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,203 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,285 kes baharu yang dilaporkan, 1,268 kes merupakan penularan tempatan dan baki 17 kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 374 kes, diikuti Sarawak (211) dan Pulau Pinang (162).

Kuala Lumpur pula merekodkan 120 kes, Sabah (106) dan Johor (101).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,308 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 1,175 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 340,242 kes.

"Sehingga kini, terdapat 186 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 81 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain