suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1,319 jangkitan baharu Covid-19, Sarawak rekod kes harian tertinggi

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 332 kes.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,319 kes baharu.

Ia sekaligus menjadikan keseluruhan 354,468 kes setakat Rabu.

Menurut CPRC Kebangsaan, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 332 kes. Ia diikuti Selangor dengan 294 kes.

Seterusnya, Johor merekodkan 102 kes diikuti Pulau Pinang (93), Kuala Lumpur (84) dan Sabah (60).

Selain itu, Kelantan merekodkan 38 kes diikuti Kedah (35), Negeri Sembilan (30), Perak (24), Pahang (23), Melaka (13), Terengganu (10) dan Labuan (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,304 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan empat kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,304 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 1,199 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 339,067 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 194 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain