suria

“Berada dalam PKR selama 20 tahun, saya percaya itu suara Anwar” - Zuraida

Zuraida mendakwa salah satu suara dalam rakaman audio tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SELEPAS Tan Sri Annuar Musa, terbaharu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin turut senada dan mendakwa rakaman audio perbualan dua individu mirip suara Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah tulen.

"Saya sudah mendengar rakaman itu. Kita dengar penafian Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan saya rasa malam tadi, Anwar juga mengatakan ia merupakan kerja beberapa individu lain. Tetapi berada dalam PKR selama 20 tahun, saya percaya itu adalah suara Anwar," katanya.

Zuraida memberi maklum balas tersebut kepada media selepas melancarkan sebuah acara amal di Ampang Glasshouse pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuba dengar 10 kali malam tadi” - Annuar dakwa rakaman suara mirip Anwar, Zahid tulen

Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz meminta siasatan dilakukan untuk memastikan kesahihan klip audio tersebut.

Terdahulu, satu rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Anwar dan Ahmad Zahid tular di laman sosial, sekaligus menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai spekulasi wujudnya kerjasama antara PKR dan Umno.

Rakaman audio berdurasi 4 minit 17 itu merupakan panggilan telefon mirip suara Anwar yang memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung Umno 2020.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid dan Anwar menafikan dakwaan itu.- THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain