suria

Tular video timbalan menteri tidur atas pentas di majlis graduasi, akhirnya bangun selepas 3 orang datang kejut

Selain Facebook, video itu turut dikongsi dengan meluas menerusi Twitter dan TikTok.

DALAM era serba moden ini, segala peristiwa yang berlaku cepat sahaja ditularkan dengan bukti rakaman video mahupun gambar.

Terbaharu, video memaparkan seorang timbalan menteri tidur dalam sebuah majlis graduasi turut tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan menteri sesak nafas, persidangan Dewan Rakyat dihenti seketika

Video berdurasi seminit yang dirakam menerusi sebuah acara pada Sabtu itu hangat menjadi perbualan netizen.

Timbalan menteri berkenaan dirakam sedang terlelap di kerusi atas pentas, sebelum dikejutkan oleh beberapa jemputan lain yang turut berada di pentas sama sebaik sahaja dia tidak bangun ketika namanya dipanggil untuk menyampaikan anugerah.

Selain Facebook, video itu turut dikongsi dengan meluas menerusi Twitter dan TikTok.

"Alhamdulillah last-last bangun juga dia. Tiga orang kena kejut baru bangun," menurut kapsyen pada posting tular.



Paparan skrin video tular itu.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen menerusi posting video itu.

"Negara perlukan pemimpin yang muda dan bersemangat baru maju.

"Semoga menjadi iktibar buat kita semua (pemimpin/menteri).

"Aircond sejuk sangat.Tu pasal lena," tulis seorang lagi netizen secara sinis.

Berdasarkan video hashtag dan keterangan pada video tular itu, individu tersebut adalah Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Pada 2019, Eddin Syazlee pernah rebah di Parlimen, menyebabkan sesi persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan seketika.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain