suria

Covid-19: Angka korban kini 1,111... kes baharu 2,253

Malaysia merekodkan 2,253 kes baharu pada Jumaat.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,253 kes baharu, menjadikan keseluruhan 295,951 kes setakat Jumaat.

Daripada 2,253 kes baharu yang dilaporkan, 2,246 kes merupakan penularan tempatan dan baki tujuh kes adalah jangkitan luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 633 kes, diikuti Perak (545) dan Johor (276).

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang 2,000 kes baharu direkodkan! 12 lagi korban Covid-19

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan 11 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,111 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 3,085 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 266,846 kes.

"Sehingga kini, terdapat 201 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 93 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, ICU

Artikel Lain