suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga RON97 dan RON95 naik 5 sen, diesel kekal

Harga petrol naik 5 sen manakala harga diesel kekal.

HARGA runcit RON97 dan RON95 masing-masing naik lima sen bagi tempoh 27 Februari (esok) hingga 3 Mac, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Menerusi satu kenyataan, kementerian itu berkata harga runcit RON97 menaik daripada RM2.30 kepada RM2.35 sen seliter, manakala harga RON95 menaik daripada RM2.00 kepada RM2.05 seliter.

Harga runcit bagi diesel pula kekal RM2.15 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kenyataan tersebut.

Harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

petrol naik 5 sen, diesel kekal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain