suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alex Yeow CEO baharu SMG

Alex Yeow mempunyai banyak pengalaman dalam korporat.

KUMPULAN Media Star Bhd (SMG) melantik Alex Yeow Wai Siaw sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Kumpulan berkenaan, berkuat kuasa 1 Mac 2021.

Alex Yeow, yang sebelum ini merupakan CEO kumpulan dan pengarah eksekutif Tropicana Corp Bhd, mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam kerjaya beliau.

Pengalaman yang banyak dalam korporat menyaksikan beliau menerajui syarikat-syarikat lain yang tersenarai di Bursa Malaysia, di mana beliau sebelum ini merupakan pengarah urusan di Guocoland Malaysia Bhd dan ketua eksekutif di Malaysian Mosaics.

Pengalaman korporatnya turut memperlihatkan khidmat dan peranan beliau dalam pengurusan tertinggi di Lafarge Malayan Cement Bhd dan Hap Seng Consolidated Bhd.

Pembabitan awal Alex Yeow bersama perunding McKinsey & Co memberi beliau pengalaman dalam berurusan dengan banyak pelanggan korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Dengan pelantikan beliau pada 1 Mac, jawatankuasa khas sementara SMG yang terdiri daripada tiga ahli lembaga pengarah, iaitu Datuk Fu Ah Kiow, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dan Chan Seng Fatt, akan dibubarkan serta-merta. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Lain