suria

Kurang 2,000 kes baharu direkodkan! 12 lagi korban Covid-19

12 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kes.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 1,924 kes baharu, menjadikan keseluruhan 293,698 kes setakat Khamis.

Daripada 1,924 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat enam jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 3,545 positif Covid-19,12 lagi kematian pada Rabu... N.Sembilan catat kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 666 kes diikuti Johor (257), Sarawak (219) dan Kuala Lumpur (218).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 12 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 12 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,100 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 3,752 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 263,761 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 205 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain