suria

Murid tiada pakaian seragam dibenar pakai baju biasa ke sekolah

Murid yang mempunyai pakaian seragam perlu memakai pakaian tersebut tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah.

IBU bapa boleh menarik nafas lega apabila golongan murid dibenarkan memakai pakaian biasa ke sekolah.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mereka boleh memakai pakaian biasa yang sesuai, kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah jika belum mempunyai pakaian seragam sekolah.

Bagaimanapun, katanya, murid yang mempunyai pakaian seragam perlu memakai pakaian tersebut tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah.

“Kebenaran tersebut diberikan mengambil kira keadaan semasa dan pertanyaan ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak, ” kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Pada 19 Februari lalu, KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac ini.

KPM berharap kebenaran tersebut membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka dan sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain