suria

3,545 positif Covid-19, 12 lagi kematian pada Rabu... N.Sembilan catat kes harian tertinggi

12 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,088 kes.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 3,545 kes baharu, menjadikan keseluruhan 291,774 kes setakat Rabu.

Daripada 3,545 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat satu jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: PM jadi individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di Malaysia

Negeri Sembilan merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,392 kes diikuti Selangor (581), Kuala Lumpur (381), Sarawak (353) dan Johor (318).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 12 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,088 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 12 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,088 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 3,331 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 260,009 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 189 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 88 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain