suria

Covid-19: Kes menurun... 2,192 jangkitan baharu, enam angka korban

Malaysia merekodkan 2,192 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,192 kes baharu, menjadikan keseluruhan 285,761 kes setakat Isnin.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 32,076 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 2,192 kes baharu yang dilaporkan, 2,189 kes merupakan penularan tempatan dan baki tiga kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik semula! Malaysia catat 3,297 jangkitan baharu, Perak rekod kes harian tertinggi

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 910 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (303) dan Sarawak (221).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,062 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 3,414 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 252,623 kes.

"Sehingga kini, terdapat 199 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 91 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain