suria

Jambatan Pulau Pinang sesak teruk gara-gara kabel elektrik terbakar, kemalangan

Keadaan trafik di Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan teruk pada petang Isnin susulan kes kemalangan dan kabel terbakar.

KEADAAN trafik di Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan teruk berikutan kabel elektrik di bawah jambatan terbakar dan satu kemalangan dilaporkan berlaku di jalan berkenaan.

Menurut catatan Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), lalu lintas meningkat di kedua arah menuju ke daratan kerana terdapat kebakaran di KM3.3 Jambatan Pulau Pinang (arah pulau).

Kemalangan jalan raya juga dilaporkan berlaku di lorong tengah dari Jambatan Pulau Pinang menuju ke Prai.

"Anggota kami dan Pasukan Tindakan Kecemasan Jambatan Pulau Pinang bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan," kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang.

"Siasatan sedang dilakukan dan anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran.

"Setakat ini, tidak ada mangsa yang dilaporkan terlibat," katanya. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain