suria

Pelayan restoran joging bersendirian jadi mangsa liwat bergilir-gilir, pemandu dan kelindan lori ditahan

Mangsa diliwat dan dipaksa melakukan seks oral. Gambar hiasan

DUA lelaki ditahan kerana didakwa meliwat seorang pelayan restoran secara bergilir-gilir.

Kedua-dua lelaki itu yang merupakan pemandu dan kelindan lori juga didakwa memaksa mangsa melakukan seks oral.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 malam, Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Warden asrama liwat pelajar tahfiz dipenjara 133 tahun

"Mangsa adalah seorang lelaki berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di pusat membeli-belah Damansara.

"Dia sedang berjoging sendirian dekat rumahnya di PJU 6A sebelum terserempak dengan dua suspek yang minum minuman keras," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut mangsa, kedua-dua lelaki itu memanggilnya dan menanyakan beberapa soalan sebelum salah seorang suspek menarik lengannya dan mengarahkannya membonceng motosikal.

"Mereka membawanya ke sebuah rumah di Kampung Sungai Kayu Ara. Dia cuba melawan tetapi gagal.

"Mangsa mendakwa dia diliwat sebanyak lapan kali oleh kedua-dua suspek dan dipaksa melakukan seks oral," kata Nik Ezanee sambil menambah, suspek kemudian menghantar mangsa pulang berhampiran kawasan rumahnya.

Nik Ezanee berkata, mangsa telah dihantar untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Berdasarkan risikan, sepasukan polis menyerbu dan menahan kedua-dua lelaki itu di Kampung Sungai Kayu Ara sekitar jam 11 malam Ahad.

"Seorang suspek berusia 36 tahun mempunyai dua rekod lampau manakala suspek berusia 31 tahun tidak mempunyai rekod.

"Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut," katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain