suria

Covid-19: Peningkatan mendadak di Perak libatkan Kluster Jalan Changkat Jong - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Foto: Bernama

PENINGKATAN drastik kes positif Covid-19 di Perak adalah membabitkan Kluster Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kluster berkenaan merekodkan 1,046 kes melibatkan pekerja kilang termasuk kontak rapat keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik semula! Malaysia catat 3,297 jangkitan baharu, Perak rekod kes harian tertinggi

"Hari ini sahaja 1,046 kes baru dilaporkan iaitu 1,036 pekerja kilang dan 10 kontak rapat keluarga. Jumlah keseluruhan kes dalam kluster sehingga 21 Februari 2021 adalah 1,242 kes.

"Penutupan kilang sejak hari Selasa lepas. PKPD akan dijalankan ke atas asrama, kilang dan tapak binaan kilang tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Perak melaporkan kes harian tertinggi pada Ahad iaitu sebanyak 1,215 kes, diikuti Selangor dengan 868 kes dan Johor 431 kes. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain