suria

Covid-19 belum berakhir, lebih 400,000 calon hadapi SPM dalam suasana baharu

Hasil tinjauan mendapati calon-calon mula tiba ke sekolah antara pukul 6.30 hingga 7.30 pagi. Foto: AZHAR MAHFOF/The Star.

LEBIH 400,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara menduduki peperiksaan pada Isnin pagi.

Setiap membawa slip peperiksaan, setiap pelajar juga perlu membuat imbasan suhu sebelum dibenarkan memasuki perkarangan sekolah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Soalan-soalan lazim berkaitan peperiksaan awam ketika pandemik Covid-19, apa yang perlu anda tahu?

Ia merupakan sebahagian daripada norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengelakan berlakunya sebarang jangkitan Covid-19.

Hasil tinjauan mendapati calon-calon mula tiba ke sekolah antara pukul 6.30 hingga 7.30 pagi.

Ada yang datang bersendirian, ada juga yang datang secara berkumpulan.

Namun, kesemua mereka menjaga jarak sosial sambil menunggu suhu diimbas sebelum dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah.

Suasana itu juga jauh berbeza berbanding peperiksaan SPM pada tahun-tahun sebelum ini.

Hari ini, mereka berhadapan kertas peperiksaan pertama, subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dalam masa dua jam 15 minit. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain