suria

Naik semula! Malaysia catat 3,297 jangkitan baharu, Perak rekod kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 3,297 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,297 kes baharu, menjadikan keseluruhan 283,569 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 33,304 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 3,297 kes baharu yang dilaporkan, 3,291 kes merupakan penularan tempatan dan baki enam kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 2,461 kes positif Covid-19,8 lagi kematian

Perak melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,215 kes, diikuti Selangor (868) dan Johor (431).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,056 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 4,456 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 249,209 kes.

"Sehingga kini, terdapat 209 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 91 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Perak, kes harian tertinggi

Artikel Lain