suria

Malaysia catat 2,461 kes positif Covid-19, 8 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,461 kes baharu, menjadikan keseluruhan 280,272 kes setakat Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 34,468 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes, diikuti Johor (233 kes) dan Kuala Lumpur sebanyak 230 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 2,936 kes positif Covid-19, kematian bertambah 13 lagi

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,051 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 4,782 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 244,753 kes.

"Sehingga kini, terdapat 207 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 91 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain