suria

Malaysia catat 2,936 kes positif Covid-19, kematian bertambah 13 lagi

Malaysia merekodkan 2,936 kes positif Covid-19 pada Jumaat.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,936 kes baharu, menjadikan keseluruhan 277,811 kes setakat Jumaat.

Daripada 2,936 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat 17 kes jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertambah lagi 25 orang, Malaysia catat angka korban harian tertinggi... 2,712 kes baharu

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 978 kes diikuti Johor (730) dan Kuala Lumpur (227).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 13 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,043 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 13 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,043 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 4,889 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 239,971kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 220 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 104 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain