suria

Sekolah rendah dibuka semula 1 & 8 Mac, peringkat menengah bermula 4 & 5 April ini

Murid sekolah rendah Tahun 3 hingga 6 akan hadir ke sekolah mulai 8 Mac ini.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) pada Jumaat petang mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah di negara ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, murid sekolah rendah Tahun 3 hingga 6 akan hadir ke sekolah mulai 8 Mac ini.

Murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 pula akan bermula lebih awal, pada 1 Mac ini.

Bagi murid sekolah menengah kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala sekolah di negeri-negeri lain akan bermula pada 5 April ini.

Murid Kolej Vokasional untuk Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) akan memulakan pengajian pada 1 Mac ini.

Sekolah swasta pula akan mengikuti jadual pembukaan sekolah kerajaan, mengikut kumpulan A atau kumpulan B.

Bagi sekolah antarabangsa dan IPS kategori pusat termasuk pusat tuisyen boleh dibuka bermula 8 Mac 2021.

Dalam pada itu, Radzi memamklumkan dia turut mendengar keluhan ibu bapa mengenai anak-anak mereka yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kini berada di asrama.

"Saya juga ada baca komen ibu bapa, anak-anak di asrama, bertanya mereka boleh balik atau ibu bapa boleh melawat?

"Kami telah berbincang, mereka berada dalam gelembung selamat antara mereka, meneruskan pengajian.

"Saya mohon kita berikan masa untuk mereka, InsyaAllah lepas SPM boleh bertemu anak-anak," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain