suria

Pelajar tak perlu surat khas untuk rentas daerah ke sekolah - Kementerian Pendidikan

Sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak polis. foto FAIHAN GHANI/The Star

PELAJAR sekolah yang mungkin perlu merentas daerah sebaik sesi persekolahan dibuka semula bermula 1 Mac, tidak perlu menyediakan surat khas sekiranya mereka melalui sekatan jalan raya (SJR).

Menerusi semakan The Star bersama pegawai Kementerian Pendidikan, mengesahkan bahawa para pelajar hanya perlu memakai pakaian seragam sekolah mereka.

"Tidak ada masalah merentas daerah untuk pelajar sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah rendah dibuka semula 1 & 8 Mac, peringkat menengah bermula 4 & 5 April ini

"Mereka tidak perlu memberikan surat pengecualian. Polis akan mengetahuinya berdasarkan pakaian seragam mereka bahawa mereka akan bersekolah.

Pelajar akan kembali ke sekolah di seluruh negara mulai 1 Mac, bermula dengan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua akan menyambung kelas secara bersemuka pada 1 Mac, dan Tahun Tiga hingga Tahun Enam pada 8 Mac.

"Bagi sekolah menengah, pelajar di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 April, sementara pelajar di negeri-negeri lain akan kembali pada 5 April.

"Sekolah swasta di bawah kementerian juga akan mengikuti tarikh ini," katanya pada Jumaat, sambil menambah bahawa bagi sekolah swasta, ia secara umumnya mengikut jadual sekolah kerajaan sama ada bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.

Bagi pelajar sekolah menengah, mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April ini bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi sekolah di negeri lain pada 5 April. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain