suria

Lapan kematian, 204 dirawat di ICU... Malaysia rekod 3,211 jangkitan baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 3,211 kes baharu pada Jumaat.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,211 kes baharu, menjadikan keseluruhan 151,066 kes setakat Jumaat.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 35,253 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 889 kes, diikuti Johor (535) kes dan Sabah (514).

ARTIKEL BERKAITAN: Paling tinggi! Malaysia rekod 3,337 kes Covid-19,15 lagi kematian

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 3,211 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 3,206 adalah penularan tempatan.

Beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 586 kes," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 1,939 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 115,227 kes.

"Sehingga kini, terdapat 204 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 87 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain