suria

Paling tinggi! Malaysia rekod 3,337 kes Covid-19, 15 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,337 kes baharu, menjadikan keseluruhan 147,855 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 32,337 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Khamis melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,036 kes, diikuti Johor, 460 kes dan Sabah sebanyak 389 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor kekal jangkitan tertinggi, Malaysia rekod 2,985 kes Covid-19... empat lagi kematian

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 3,337 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan15 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 578 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 1,710 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 113,288 kes.

"Sehingga kini, terdapat 195 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 86 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain